Monday, November 9, 2009

BLOGGER IDM BERAKHIR DI SINI

Terima Kasih di ucapkan kepada semua pengunjung blog ini , dari bermulanya tahun lepas dan berakhir tahun ini kerana memberi sokongan yang tidak berbelah lagi . Dan kami ingin meminta maaf jika adakalanya kesilapan atau menyinggung perasaan pada pihak yang tersinggung . Di sini , saya admin yang masih berahsia peribadi tidak dapat lagi updated blogger ini kerana ada masalah yang di hadapi sekarang . Mungkin Allah s.w.t sahaja yang tahu dan berharap tuan, puan , encik, cik dapat memahami dengan segala masalah yang saya hadapi . Mungkin jalan ini lebih bagus untuk saya pilih . Insyaallah , pada masa yang akan datang , saya akan bergiat kembali semula dengan blog ini tetapi mungkin jangka masa itu lama . Sekian , setakat ini sahaja yang saya dapat mengumumkan berita ini . Terima kasih dan Assalamualaikum w.b.t . Berjumpa di masa akan datang .
~ ikhlas dari Admin IDM ~

Monday, November 2, 2009

Budak 11 tahun bersalin pada hari perkahwinan


Belum pun sempat memasuki sekolah menengah, seorang budak perempuan warga Bulgaria, Kordeza Zhelyazkova kini bergelar ibu setelah selamat melahirkan seorang bayi perempuan, lapor sebuah akhbar semalam.




Malah, Zhelyazkova berbangga kerana bayi itu lahir pada hari perkahwinannya dengan teman lelakinya yang berusia 19 tahun, Jeliazko Dimitrov.




Selepas bermalam bersama bayi seberat 2.6 kilogram yang diberi nama Violeta itu, budak perempuan tersebut kembali menyarung gaun pengantin untuk menyelesaikan upacara perkahwinan yang sebelum ini tergendala.




"Sebelum ini, saya cuma bermain dengan alat permainan tetapi kini bayi ini adalah permainan saya yang baru. Saya perlu lebih matang. Saya kini seorang ibu," katanya ketika berada di sisi suaminya di hospital berkenaan.




Keluarga Zhelyazkova gembira dengan kelahiran anggota baru keluarga mereka.
Zhelyazkova yang merupakan ibu paling muda di ibu kota Bulgaria itu hamil dua minggu selepas menyambut hari jadinya yang ke-11.


Penduduk dakwa sejadah turun sendiri dari rak


Ketika saya bergegas memasuki surau untuk melihat empat sejadah berdiri, kami terlihat sehelai sejadah lagi seolah-olah turun dari rak gantung untuk mengikut sejadah lain."




Demikian dakwa seorang penduduk, Ahmad Fadil Johari, 25, yang terkejut menyaksikan kejadian sejadah berdiri yang seolah-olah melakukan sembahyang berjemaah di Surau Taman Kastam 3 dekat sini semalam.




Menurut Ahmad Fadil, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, sejadah tersebut yang bergerak turun tiba-tiba terhenti seolah-olah menyedari dia dan beberapa rakannya masuk ke surau.




"Dilihat secara logik, sejadah itu boleh terjatuh, sebaliknya sejadah itu tergantung sebelum kami ambil dan susun semula di rak.




"Sebelum masuk, juga ada bauan wangi dari dalam surau dan sebaik membuka pintu kami terlihat sejadah berdiri seperti seorang imam bersama tiga jemaah bersembahyang," katanya kepada pemberita di sini semalam.




Akhbar sebelum ini melaporkan beberapa kejadian aneh sejadah berdiri yang berlaku di Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Kejadian itu turut berlaku di atas sebuah feri penumpang di Langkawi pada 17 Oktober lalu.


Ayahanda dah marah

Bengang dengan kritikan Akhil Hayy, penyanyi rock, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 42, mahu penceramah itu tutup mulut dan mencermin diri sendiri sebelum cuba mentarbiah artis yang kononnya terpengaruh dengan ajaran sesat.


Malah, penyanyi kumpulan Wings itu mengakui telinganya ‘panas’ apabila mendengar nama artis berkenaan dan memberi amaran kepada Akhil supaya tidak lagi bercakap mengenai dunia artis atau mengaitkan golongan itu dengan sebarang bentuk ajaran sesat.

Awie mendakwa gelaran ‘ustaz’ yang diberikan masyarakat terhadap Akhil tidak wajar kerana penceramah itu sepatutnya mencerminkan kredibiliti dirinya terlebih dulu. Tanpa berselindung, Awie mempertikaikan kewibawaan Akhil untuk mentarbiah golongan artis berdasarkan kredibiliti kehidupan rumah tangganya yang boleh dipertikaikan bukan saja di kalangan penggiat seni, malah masyarakat umum.

“Jangan ingat golongan artis tidak mengetahui kehidupan dunia dan akhirat. “Apa saja yang dilakukan manusia di bumi ini hanya Allah yang tahu, tidak salah untuk ingat-mengingati,” katanya, semalam. Awie yang popular dengan lagu Sejati mengulas dakwaan Akhil Hayy bahawa ada segelintir artis yang sudah ada nama menggunakan kedudukan mereka mempengaruhi artis lain supaya melakukan maksiat selain mempermudahkan Islam.

Malah, penceramah muda dan pengacara sebuah rancangan ilmiah itu turut mengakui ada artis membenarkan gejala bersekedudukan dan berzina dengan alasan apa yang dilakukan sudah ditentukan Allah selain manusia (artis) mempunyai ruang dan masa untuk bertaubat. Akhil turut menyentuh mengenai ajaran sesat artis terbabit yang dipercayai menjadi pegangan melalui ajaran pelik dipercayai diperoleh daripada ‘guru ghaib’ yang sukar untuk dikesan. Mengulas lanjut isu berkenaan,

Awie berkata Akhil perlu mencermin dirinya dulu yang sebelum ini turut terpalit dengan dunia glamor. Awie berkata, kehidupan artis yang menjadi ‘public figure’ memang sentiasa disuluh lampu terang yang semestinya mahu memperlihatkan kecantikan yang dimiliki dalam sinaran cahaya berkenaan.

40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami

Sebenarnya bukan tak layak cuma perlu baiki sikap-sikap yang tak elok tu.

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

BACA ARTIKEL PENUH

Laman web Kadima dihack

Laman web parti politik terbesar di Israel iaitu Kadima telah digodam oleh hacker Palestin. Menurut jurucakap parti itu, bukan website Kadima sahaja yang terlibat malah blog peribadi pemimpin parti itu juga turut diceroboh.

Keadaan itu disedari oleh administrator setelah mendapati wajah Livni telah diletakkan simbol sasaran tembak dengan beberapa slogan hasutan terhadap parti Kadima seperti “God will defeat Israel” di dalam bahasa Arab dan Hebrew. Kini pasukan teknologi maklumat parti Kadima sedang bertungkus-lumus membersihkan semula laman web tersebut.

BACA ARTIKEL PENUH

Tuesday, October 27, 2009

Kelantan sebelah kaki ke final


KELANTAN berpeluang cerah mara ke final Piala Malaysia selepas menewaskan Perlis 2-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.

Awal babak pertama, jentera pertaha- nan Kelantan yang diketuai oleh Naz- rulerwan Makmor terpaksa bekerja keras menahan asakan bertali arus penggempur Perlis yang diketuai oleh Niza- ruddin Yusof dan Ahmad Fakri Shaa- rani.

Perlis hampir di depan seawal minit kelima apabila gerakan solo Ahmad Fakri berjaya memperdayakan Nazrulerwan dan benteng Kelantan, namun percubaannya berjaya dihalang oleh penjaga gol Kelantan, Halim Napi.

Selepas hampir 15 minit perlawanan berlangsung, Kelantan mula mengimbangi permainan.
Peluang terbaik dimiliki oleh Khairan Eroza yang menerima hantaran silang kapten Indra Putra Mahayuddin, namun tandukannya berjaya digagalkan penjaga gol Perlis, Faizal Marlias.

Gol pertama Kelantan hadir pada minit ke-22 melalui gerakan yang bermula daripada Che Hishamuddin Hassan yang melorong bola cantik kepada Indra yang melarikan bola ke kawasan kotak penalti.

Pemain pertahanan Perlis, Mazlizam Mohamad yang ditugaskan mengawal pergerakan Indra telah menjatuhnya sehingga memaksa pengadil perlawanan Shokri Nor menghadiahkan sepakan penalti.

Indra yang diberi tanggungjawab tersebut berjaya menggamatkan stadium untuk gol pembukaan Kelantan. Babak kedua menyaksikan para penonton dihidangkan dengan aksi membosankan apabila kedua-dua pasukan bermain dengan begitu berhati-hati .

Ketika perlawanan seakan-akan berakhir dengan jaringan 1-0, pemain pertahanan Kelantan, Rizal Fahmi Rosid meledak gol kedua tuan rumah pada masa kecederaan.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Terengganu.

Gol kemenangan Negeri Sembilan dihasilkan oleh Aidil Zafuan Abd. Radzak pada minit ke-50.
Sekalipun Terengganu terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Hariri Mohd. Safie diarah keluar padang kerana mengutip dua kad kuning pada minit ke-79, Negeri Sembilan gagal mengguna- kan kelebihan yang ada untuk menambah jaringan.

Isu bayaran perkhidmatan RM50 setahun untuk kad kredit- Bank yang patut bayar caj

Syarikat pengeluar kad kredit disaran menanggung caj perkhidmatan sebanyak RM50 yang dikenakan ke atas setiap kad kredit utama bagi tahun pertama untuk meringankan beban hutang yang dihadapi oleh pemilik kad kredit.

Seorang Ahli Parlimen, Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) berkata, cadangan itu dibuat memandangkan kebanyakan pemilik kad kredit terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan dari segi kewangan tetapi mendapat kemudahan itu dengan mudah.

"Biarlah institusi pengeluar kad kredit dikenakan dulu membayar caj RM50 sebab kebanyakan mereka (pemegang kad kredit) berpendapatan rendah dan tidak mampu tetapi mereka guna kad kredit itu untuk pelbagai kegunaan seperti membeli barang-barang keperluan yang lain," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 di Dewan Rakyat di sini semalam.

Dalam pembentangan Bajet 2010 Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan bayaran cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas setiap kad kredit utama dan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan yang akan berkuat kuasa mulai awal tahun depan.
Dalam pada itu, kerajaan juga disarankan agar mengenakan syarat pemilikan kad kredit yang lebih ketat bagi mengelak penyalahgunaan kemudahan berkenaan di samping membendung amalan berhutang berlebihan di kalangan rakyat Malaysia.

Loke Siew Fook (DAP-Rasah) berkata, kad kredit pada masa kini mudah dimiliki dan syarikat pengeluar pula menjalankan promosi secara agresif dan besar-besaran di kawasan-kawasan khususnya yang menjadi tumpuan umum.

Harga petrol ikut pasaran


Harga petrol di pam kemungkinan akan berasaskan harga pasaran atau tanpa subsidi apabila sistem pengurusan subsidi petrol dilaksanakan pada tahun hadapan.




Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, melalui kaedah itu pemberian subsidi mungkin akan lebih tersasar kepada kumpulan yang layak bagi menikmati harga petrol bersubsidi.




"Harga petrol mungkin akan ditetapkan pada kadar pasaran tetapi individu yang disasarkan akan dapat subsidi. Harga petrol tidak ada subsidi, kecuali kepada golongan sasaran.




"Sistem pengurusan itu sedang dibina dan akan dimulakan dengan petrol. Ia akan dilaksanakan antara suku pertama dan kedua tahun depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2009 di sini semalam.




Kumpulan sasar itu kelak mungkin melibatkan golongan berpendapatan rendah atau berada pada paras gaji tertentu.




Menurut beliau, Mykad juga mungkin menjadi salah satu mekanisme bagi pemberian subsidi.
Pada pembentangan Bajet 2010 Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sistem pengurusan subsidi akan dilaksanakan pada awal 2010 menggunakan MyKad dan infrastruktur sedia ada.


Monday, October 26, 2009

Tuanku Muhriz ditabal hari ini


Istiadat Bersiram Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selamat disempurnakan dengan penuh tradisi yang diwarisi turun-temurun di Istana Besar Seri Menanti di sini semalam.




Negeri Sembilan bakal menyaksikan pertabalan Yang Di pertuan Besar ke-11, Tuanku Muhriz yang akan berlangsung di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti pagi ini.




Istiadat pertabalan itu akan disempurnakan oleh Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak sebagai imam Undang Yang Empat.




Pada istiadat bersiram yang bermula pukul 10.35 pagi semalam, baginda yang diarak bersama Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud telah dibawa menaiki Takhta Rencana dari dalam istana ke Panca Persada tempat Istiadat Bersiram dilangsungkan.
Sebelum Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah tiba di Panca Persada, baginda berdua diarak menaiki Takhta Rencana diiringi paluan rebana tembakan meriam lapan das.





Lagu Raja Berangkat dimainkan dengan menggunakan peralatan muzik tradisional, Caklempong sejurus baginda berdua tiba Panca Persada.




Pada masa yang sama, Datuk-Datuk Penghulu Luak Tanah Mengandung mengambil tempat di tingkat enam Panca Persada dengan kedudukan Orang Enam Istana di tingkat lima, Apit Lempang di tingkat empat, Datuk-Datuk Bentara Istana di tingkat tiga, Orang Besar Lingkung di tingkat dua dan Datuk-Datuk Besar Istana di tingkat satu.




Istiadat Bersiram berlangsung apabila Datuk Seri Amar Diraja, Ahmad Minal, Datuk Raja Diwangsa, Maulud Taha, Datuk Penghulu Dagang, Mohamad Zon Zakaria dan Datuk Akhirzaman, Razali Samad berjalan mengelilingi tempat bersemayam sebanyak tujuh kali dan menjunjung duli setiap pusingan selepas mengambil Cepu Bedak Limau.


Hotel Atlantis di Dubai terbakar







Malaysia kena kencing




Download beratus MP3 Melayu

Download dari link di bawah (tunggu 15saat sblm page load...)

http://0ed50b4f.linkbucks.com enjoy.

Belanjawan 2010

Berikut ialah inti pati Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat hari ini. Inti pati Bajet 2010

KUALA LUMPUR: Berikut ialah inti pati Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat hari ini.

* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010

* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.

* penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus

* pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661 * TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010

* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat Matrade.

* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti msyarakat.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan.

* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada penyedia prkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.

* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualian cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun.

* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri.

* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah Miti.

Sunday, October 18, 2009

Filipina sedia hadapi taufan Lupit

Agensi bantuan bencana Filipina bertindak menyediakan bertan-tan makanan dan helikopter bagi persediaan melakukan pemindahan beramai-ramai penduduk di kawasan pergunungan negara itu berikutan Taufan Lupit bakal melanda.

Persediaan itu dilakukan setelah lebih 800 orang terbunuh akibat taufan yang melanda negara tersebut baru-baru ini.

Ketua sebuah agensi kaji cuaca, Prisco Nilo berkata, Taufan Lupit yang kini sedang mengganas di Lautan Pasifik dengan tiupan angin selaju 175 kilometer sejam dan bergerak selaju 210 kilometer sejam bakal melanda Manila.

Menurutnya, taufan itu dijangka melanda bandar Manila dan memusnahkan harta benda di beberapa kawasan di utara negara ini dalam tempoh tiga hari lagi.


Taufan Lupit merupakan taufan tropika yang ke-18 dari 20 taufan yang akan mengancam negara Filipina pada setiap tahun.

Majlis Penyelaras Bencana Kebangsaan berkata, sebanyak 85 tan beras, sardin, mi, kain selimut dan kelambu telah disediakan untuk dihantar ke utara Filipina termasuk di wilayah Benguet.

Seorang pegawai bantuan, Olive Lucas berkata, datuk bandar telah mengarahkan penduduk kampung yang mengalami risiko bencana dipindahkan segera ke kawasan yang selamat.